Wednesday, June 15, 2011

hilang

direnungnya dari jauh,
senyuman manis yang tak pernah berubah,
yang menyejukkan hati yang lara,
yang disimpan kemas dalam hatinya.

meletakkan satu tanda,
yang tak akan pernah dicabuli janjinya.

senyuman itu,
bagaimanapun mengugat dirinya,
agar terus lupa dengan janji yang dicipta,
dan akur dengan gerak hatinya.

dalam tidak sedar dirinya sedang ditipu,
malah yang menipu adalah dirinya yang kaku,
dek kerana senyuman itu.

harus sampai bila dia disitu,
terus melayani mimpi,
mimpi yang merealitikan impian,
di ikut, di turut,
meski bingung membelunggu dirinya.

namun dia tahu,
apa yang dihajatinya,
perasaan yang terus disimpan dalam hatinya,
walaupun senyuman itu,
semakin hari semakin hilang dari mata.

Saturday, April 30, 2011

dirinya dan si hati kecil

hati kecil itu
sentiasa ingin dibelai
sentiasa ingin dicintai
sentiasa ingin dihargai

hati kecil itu
tidak mengenali diri sendiri
tidak mengerti sebahagian darinya
tidak mahu mengalah lagi

bukan salah hati kecil itu
kerna semua yang berlaku mungkin semua percaturanNya
separa sedar ia berjanji
menganggap itu sebagai mimpi
dengan azam bangkit kembali

dan dia
hanya akan terus menanti
walau kemudian hari
tidak pernah diketahui diri

walau gelap dia lalui
walau terluka disana sini
hanya untuk terus mencari si hati kecil
hanya berbekal kepercayaan sendiri
walau dia tahu apa akibat nya
walau dia tahu bagaimana penerimaan mereka
hanya satu dipegang dirinya
memiliki hati kecil itu

bila tiba suatu masa
ianya telah diterima
diri itu sentiasa gembira
hati itu sentiasa bahagia

hanya itu harapan dirinya
bila mata tidak terpejam
kerna persinggahan hati tidak terlalu lama
kerna cinta tidak perrnah meninggalkan dirinya
dan kerna itulah jalan nya sentiasa ada
sehingga dia benar yakin bahawa itu adalah kata putusnya
walau hanya untuk seketika sahaja.

Friday, April 22, 2011

Sendirian pasti

mengangguk lesu,
biarkan ia berlaku,
merenung hanya membatu,
tanpa terus melakukan sesuatu.

terus,
di tebing itu,
hanya duduk membisu,
mengenang hari semalam,
yang nyata lebih indah dari sekarang.

pendapat yang diberi kepada mereka,
nyata tidak mudah dilakukan hati,
diberi, diluah,
tetapi tidak bererti bagi diri sendiri,
harus bagaimana lagi?

kadang-kadang,
duduk bersendiri membuat dia tenang,
hanyut dengan diri sendiri,
tanpa memikir beban tersandang,
hanya dirinya,
dan dunianya sendiri.

untuk apa lagi,
bagai menyiksa diri sendiri,
menghukum diri sendiri,
dengan akal yang di ikat duniawi.

kalau bisa dia sendiri,
maka akan di ikutkan hati itu,
biar lenyap segala gundah,
biar hilang segala duka.

langit tidak selalunya cerah,
mendung bukan bererti hujan,
terang tidak selamanya terang,
gelap tidak akan berterusan gelap...

Thursday, April 21, 2011

Hati kecil

semuanya kerna dia
dirinya
hatinya
dan kemahuannya...

memang
setiap soalan yang dituju
dibalas baik oleh hatiku
dan setiap jawapan yang dilontarkan
disambut baik oleh mereka

begitulah
mudah untuk diriku menyelami hati mereka
tetapi tidak lagi untuk diriku sendiri

ujian yang diharungi mereka
bagiku sentiasa ada jalannya
tetapi
yang sering dihadapi hati ini
apa benar tiada jawab nya?

walau kehadirannya itu
dinanti-nanti
tetapi akhirnya dia tetap pergi

dan disini
hati kecil ini
terus menanti...


Thursday, March 17, 2011

Membisu

di luah mati emak
di telan mati bapa..

sukar
kedua-duanya sukar bagi dia
apa lagi yang harus dilakukan?
apa lagi yang harus dikorbankan?
tertunduk lesu
kaku tidak bermaya

adat
kau, aku, mereka..
semua serupa
takut akan penolakkan
tanpa ada keberanian untuk meluahkan

apa guna berkerut muka
memikirkan fikiran orang
kalau kita sendiri sama seperti mereka?

mungkin
kita menggangap memendam itu lebih bermakna
dari ianya tidak diterima mereka..

Tuesday, March 15, 2011

Rumah besar itu

Dari jauh,
sudah kelihatan akan rumah itu,
semuanya nampak tenang dari situ,
sunyi
damai
dan menenangkan

ianya terpencil
dan hanya rumah itu yang berada disana
jauh dari hiruk pikuk mereka
jauh dari kesibukan kota

rumah kayu itu masih elok
rumah kayu itu masih teguh
kiri kanan nya hanya ada pepohon rendang
sinaran mentari seolah malu untuk menyuluhnya

rumah yang cantik
tanah yang lapang
persekitaran yang tenang

tapi sayang
tiada siapa yang menghuni rumah itu
malah
tiada siapa yang menyedari mengenai kewujudan rumah itu

rumah yang elok
tanpa ada penghuni
tidak membawa apa-apa makna

Thursday, March 10, 2011

luahan dia

terkedu.
diam.
membisu.

hidup ini tak selalunya indah
dan hidup ini tak semestinya ikut apa yang kita mahu.

rancang lah apa saja,
dan anda memerlukan kekuatan untuk melaksanakan itu semua.

manusia,
tetap manusia walau macam mana pun dia.

baik, buruk, puji, maki...
semuanya ada...

mulut manusia
kadang-kadang berbeza pendapat dengan hatinya..
malah
kedua-duanya tidak sama dengan akalnya..

kita boleh kata,
kita boleh jaja
kita boleh cerca..

tapi kita bagaimana?

"sibuk menjaga tepi kain orang, kain sendiri carik.."
"bagai ketam mengajar anaknya berjalan lurus"

bila marah menjadi kawan
bila dengki menjadi ketua
bila dendam menjadi tuan

manusia tidak mengenal lagi
sesama mereka

sedangkan mereka tahu apa yang perlu
dan mereka tahu apa yang tidak..

tenang-tenang air di sungai
jangan disangka tiada buaya
tenang-tenang hari mereka
jangan disangka gembira sahaja

terdiam senyap bukan nya salah
riuh bingit bukan nya merdeka

dongeng luas dialun
hati terdengar sakit
berhenti sangat dinanti
tapi jauh sekali
bertepuk tangan mereka teruskan
hilai tawa teater diraih

sekecil diri terkaku letih
tidak mampu salahkan mereka
mengapa?
sebab mereka semua manusia...

Tuesday, March 8, 2011

pergi

kadang kadang,
kita tahu ianya berharga,
tapi kita biarkan ia,
untuk pergi dan hilang dari mata

kadang kadang,
kita tahu ianya istimewa,
tapi kita lebih rela memandang yang biasa,
kita lebih agungkan yang biasa

kadang kadang,
kita bagai miliki semua,
semuanya berada dalam diri kita,
tapi adat manusia
tidak pernah mengenal "cukup"

bila ianya pergi,
bila ianya tiada,
dan bila ia bukan lagi milik kita,
mengapa kita terus terusan mengejar nya?

mengapa?

biarkan ia pergi,
dan ingat,
jangan pernah sekali mengejarnya lagi,
kerna ia tidak pernah akan kembali,
ia tak akan pernah akan kembali...

Sunday, March 6, 2011

Dia...

dia,
setiap kali terdengar suaranya,
hatiku yang kusam jadi gembira,
setiap kali ternampak senyuman nya,
hatiku semakin berbunga,
setiap kali aku mendengar keluhan nya,
perih turut aku terasa

dia,
hanya dia dalam ingatan,
kerna olehnya,
senyuman terukir,
kehadiran nya,
segala kusut menjadi aman

aku berjanji,
selagi hayat dikandung badan,
akan setia disampingnya,
dikala duka menyapa diri

akan tetapi,
pabila dirinya dilanda bahagia,
akan kubiarkan dia terbang bebas,
disamping orang yang dia sayangi


credit to adney rezza..
dari dia, untuk si dia...

Thursday, March 3, 2011

terpaksa

kali ini
masing masing membisu
mata bertentang mata
namun mulut terdiam
hati sama terluka

acap kali mereka selisih
namun tidak berani menoleh

uda tetap dengan hatinya
walau si dara berlalu pergi

bukannya mereka mahu menipu
walau dimulut terucap senang
namun dihati siapa yang tahu?
tetapi situasi itu
seolah-olah mahu menghukum mereka

si dara tahu
walau bagaimana sekalipun si dia mengikat
tapi hatinya tetap milik si uda

kerana ego dan ingin menyelamatkan diri kedua-duanya
si uda sudah tidak mahu mendaki lagi
baginya,
lebih baik dia berdiam diri
dan terus menanti

menghormati diri si dara
dan hatinya tidak mahu lagi
si dia terluka kerana kehadirannya..

Wednesday, February 16, 2011

belum masanya untuk bekerja

hari ini
berlalu seperti biasa
tiada bezanya
silih berganti, siang dan malam

sejak dia berhenti bekerja
tidak ada apa yang mengganggu fikirannya

terperuk didalam bilik
merenung pemain cakera
yang melantunkan lagu-lagu indah

tidak seperti dirinya yang dulu

sibuk dengan bebanan kerja
melapor diri, menandakan kehadirannya ditempat kerja
menulis laporan setiap waktu
dan menjaga etika kerja
langkah yang silap merupakan bencana
arahan demi arahan perlu dilaksana

bebanan demi bebanan
membuatkan dia lupa tentang hidupnya
tentang impiannya

akhirnya
notis pemberhentian kerja diterimanya
tiada tanda kesal
tiada tanda amarah
namun dia tersenyum manja

tanpa ada bebanan
hidupnya bebas kembali

Sunday, February 13, 2011

girlfriend baru saya


ehem-ehem...
ok..
lupakan seketika apa saja yang bermain di fikiran anda semua...

dan dengan ini, saya berbesar hati ingin memperkenalkan girlfriend baru saya,
yang lebih cantik, yang lebih menggoda... weee... weeee....
sungguh senget jadinye bila bersama dia...
wahh... perkenalkan si dia

nama penuh: Umi Gato
tarikh lahir: 10/08
harga disunting: rahsia, nanti abang saya kabor dekat mak saya, mati jadinye..


dan, selamat tinggal wahai mantan kekasih ku, Siti Sala, kerana telah melalui segala kenangan manis dan pahit bersama saya... jangan risau wahai Siti Sala, kerana kau akan tetap menjadi skandal ku... :P


siti sala, selamat tinggal kenangan...
:P


sekian....

Saturday, February 12, 2011

pengganti

ketika masih baru,
baju itu selalu dipakainya,
kemana saja,
setiap masa...

baju itu masih baru,
baju itu masih cantik,
baju itu penemannya,
baju itu dia sayang sentiasa...

tiada tanda jemu,
tiada rasa bosan,
sentiasa melekat dibadannya,
tidak pernah terasa untuk menukarnya...

walau penat dibasuh,
walau sering ditegur,
tetapi masih dipakainya...

tetapi adat manusia,
sampai satu masa,
terpikat pada yang lain,
bukan salah baju itu yang lusuh,
bukan salah baju itu yang buruk,
tapi manusia tidak pernah berpuas hati...

kini,
hanya tersimpan lipat di dalam almari,
tanpa diusiknya lagi...

Friday, February 11, 2011

istimewa

langkah kemas cantik disusun
tapak demi tapak dia lalui kemas

terus menapak hingga hujungnya
lalu dia berhenti dia tersenyum
"GEDUNG PAKAIAN ANDA"

tombol pintu dipulas lembut
perlahan kaki melangkah masuk

baginya
tiada yang istimewa
baginya
semua serupa

disisi lain
timbul teriak manja
bingit jeritan meminta
"pilihlah aku
pilihlah aku"
mahu menjerkah ke arah dia

"tiada yang istimewa"
terdetik riang dihatinya
dengan lancar, dia berlalu...

Wednesday, February 9, 2011

satu arah

dia...
dia masih disitu
terus berdiri terus menanti
riuh orang dijalanan
bingit anjing menyalak
girang burung berkicauan

tapi dia?
masih disitu

jalan sehala yang harus dilintas
hanya mampu ditenungnya
tanpa ada sepatah kata
tanpa wujud sebarang bicara
tiada keputusannya...

tidak dapat diteruskan lagi
walau hatinya terdetik pergi..

menanti dan terus menanti
hingga esok menjelma lagi...

Tuesday, October 5, 2010

tanpa kata..

hari demi hari, kita mendengar beribu, bahkan berjuta perkataan... tidak kira dalam bentuk apa pun, perbualan bersama teman, nyanyian dicorong radio, pertengkaran, dan pelbagai lagi.. semuanya kita dengar dan kita terima... walaupun ia menggembirakan kita atau sebalik nya...

kadang-kadang, apa yang kita dengar, dapat kita terima dan melegakan hati kita, dan begitu juga sebaliknya... bila ia tidak seperti apa yang kita harapkan, terasa sakit di hati dan mula menimbulkan perasaan tidak senang di dalam hati sendiri...

mengapa semua itu terjadi? meskipun kita tidak pernah meminta sebegitu, tidak pernah kita rancang, tetapi kita mesti ingat kembali bahawa, bukan kita yang menentukan... sebelum jari laju menundingkan pada orang lain, tidak salah jika cerminkan diri kita dahulu...

bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata tidak berguna... semua orang tidak sempurna, sentiasa ada salah dan sentiasa ada silapnya... dan tidak dinafikan, apa yang dilafazkan mulut kita sering menjadi punca kepada setiap masalah pada hari ini...

di ajar untuk menggunakan akal ketika bertutur sering memenuhi ruang telinga, tetapi tidak dapat disimpan sebaiknya oleh akal kerana perilaku manusia tidak lagi dijaga, tidak lagi diatur oleh akal fikiran, tetapi lebih "bijak" dihakimi oleh nafsu dan perasaan yang bercampur aduk didalam hati...

acap kali berfikir untuk menjadi seorang bisu agar tidak menyakiti hati dan perasaan mereka disekeliling kita... biarlah semuanya dipendam, biarlah dianggap kera sumbang dari terus melepaskan setiap panahan bicara yang biasanya diterima tempiasnya...

apa lagi yang harus ditutur? apa lagi yang harus disembur?

bagaikan lebih elok dari membisu dan terus beriam diri.. tidak ada apa yang dapat dibanggakan dari menyakiti dan disakiti... tidak ada apa... lebih elok untuk memerhati dari jauh dari melibatkan diri dengan itu semua...

Sunday, September 26, 2010

robot

manusia bukan nya robot...
tiap hari ulangi rutin yang sama...
perjalanan yang sama,
hari yang sama...

tidak berubah..
sehingga satu tahap,
semua ini tidak dapat diuruskan
dengan semua bebanan yang ada...

berat... semuanya berat...
walaupun dapat diatasi dengan logik akal,
tetapi kudrat tak dapat melawan akal...

senang mulut mengucapkan
penat tenaga dikerahkan...

tapi...
sampai bila badan ini harus terus menanggung
berhenti untuk seketika,
bergerak untuk selamanya...

hati penat menangis
badan penat menanggung...

kalau robot,
matikan saja suis nya...
untuk berehat dari semuanya....

Friday, May 7, 2010

perasaan ini

...
urghh

aku tak suka perasaan aku sekarang...
tak kira apa pun...
semuanya tidak menjadi...
dari sekecil-kecil perkara, sehingga perkara yang penting, semua tak dapat nak buat...
semuanya hilang...

melayang....

memikirkan seseorang....
yea...
seseorang...
:(

dia selalu cakap yang dia penat...
penat bergaduh dengan aku...

yea...
aku pun begitu...
bertengkar, hanya buat kami makin jauh...
makin jauh terpisah...
sedangkan aku sentiasa ingin bersama dengannya...
:')

mulut boleh menipu, tetapi bukan hati...

yea...
walaupun aku marah, terkilan tapi dalam hati ini, aku masih fikirkan dia, aku masih rindukan dia...
aku tak dapat baca hati orang...
tapi aku harap, apa yang aku fikirkan sekarang, sama macam apa yang dia fikirkan...

aku tak mahu jauh dengan dia... aku mahu sentiasa bersama dengan dia...



jujur aku katakan..
aku perlukan dia
aku rindukan dia....
:'(

Thursday, May 6, 2010

topeng ajaib...

...
aku bersembang ngan housemate aku semalam....
dia cakap, dia tak suka perangai sorang kawan dia ni...
tak suka sangat-sangat, tapi nak buat macam mana, dia dah anggap budak tu kawan baik dia sendiri....

uhh...
kenapa dia tak suka kawan dia?
apa kawan dia dah buat sampai dia tak suka?
apa masalah dorang ni sebenarnya?
dan
apa kena mengena dengan tajuk post ni?
topeng ajaib?

huu...
sebenarnya tak ada la ajaib sangat... topeng ajaib tu kalau korang fikir-fikir balik, apa aku nak sampaikan kat sini adalah sikap yang biasa kita tengok dikalangan komuniti kita.... bermuka-muka atau lagi senang aku cakap, hipokrit.....

hipokrit?
yea...
betul tu...
korang tak salah baca...

tak pelik kan? sebab benda ni dah jadi rutin harian kita... benda ni kita selalu menghadap... orang bermuka-muka... tak kira la dengan siapa pun... dengan orang ni kau alim bukan main, tapi alim kucing la, dengan orang ni, kau la abu dajjal... apa la salahnya kalau kau jadi diri kau sendiri? orang bukan tak boleh terima, orang boleh, cuma kau je yang perlu jadi diri kau sendiri....

tak payah la sebab kau tu lelaki, depan lelaki kau kacang hantu, depan perempuan kau pijak semut pun tak mati...

hello....
kau nak main wayang apa lagi? orang semua dah tahu kau macam mana... kau tak payah la bersusah payah nak berlakon lagi... yea... aku mengaku, kau berlakon memang terbaik, kalau orang baru kenal kau, kau lah malaikat, kau la yang baik, tapi kami ni, kami yang dah lama dengan kau, kenal kau macam mana.... bawa-bawa la bertaubat, apa kau nak kejar sangat? kami pun tak teringin la nak berebut apa-apa dengan kau...

kau pun lidah biawak bukan main... sana lain, sini lain.... apa kata kau jujur saja? tak rugi kau jujur... kawan-kawan kau ni pun bukan bodoh piang sangat... kau ccerita bagi habis, kami faham la... tak perlu kau nak sorokkan sangat... yea... awal-awal boleh la kau sorok, tapi kau ni budak mentah nak buat jahat, tapi akal pendek...

ntah la...
kadang-kadang kami dekat sini dah naik meluat dah dengan perangai kau tu, cuma kami tak sanggup je.. kesian dekat kau, kami anggap kau tu kawan kami... kawan yang tak ada perasaan, kawan yang terus nak berlakon... bila orang mengata kau, kami kat sini dah macam cubit peha kiri, peha kanan terasa juga.... tapi tu la... kau pun tak nak sedar-sedar lagi.... still nak pakai topeng lusuh kau tu...


Wednesday, May 5, 2010

apa nak jadi la...

...
owh...
tidak....
itu bukan mengenai diri saya....
mengenai seorang lelaki ini....

lelaki hebat di mata mereka, lelaki sampah di mata dia...

sampah?
kenapa?
apa yang dah dilakukan dia?

al kisah
aku tau cerita ni dari orang lain.... tapi macam best je untuk aku post kan....

maaf....
aku bukan nak berrgosip atau mengangkat maksiat, tapi untuk kita fikirkan bersama...

orang kita, cerita-cerita nak kutuk orang memang laju je nak dengar... cerita-cerita kutuk, maki, menjatuhkan orang, itu semua cerita yang pantas, yang cepat tersebar... dalam komuniti aku ni pun ramai orang macam tu... nak buat macam mana, cerita-cerita ni dah jadi makanan masyarakta kita... pertama kali dengar, memang best, ghairah je nak dengar, tak sabar-sabar, tapi bila dah banyak kali dengar, dah naik muak dah.... dah macam minum air kosong 24 jam... naik buncit perut tu....


aku bukan nak bincang pasal topik agama, tapi berdasarkan kehidupan seharian kita....
kalau bab agama, memang sah2 la korang boleh fikir apa yang korang patut buat kan??


ok...
sambung balik cerita...
ada la sorang mamat ni.. dia ngan buah hati dia.... berkasih sayang dari sejak sekolah lagi.... penat menyulam asmara sampai la sekarang... tapi tau-tau mamat ni kena tangkap basah... yang nak dijadikan cerita, bukan dengan buah hati dia... tapi dengan perempuan lain...

kau lelaki, ada otak tak bleh nak guna ke apa? tak cukup sorang perempuan? perempuan lain pun kau nak angkut sekali... tu haa, ada perempuan duk tunggu ko kat sana, tapi ko layan gak perempuan lain, kalau buah hati kau buat macam tu, pandai pulak kau baran, tapi kalau kau baran pun, diri kau pun ikut jalan bengkang bengkok, serupa tak payah, buat kena gelak je..

yang perempuan tu pun satu, menonong je ikut jantan... harga diri murah betul.... sok lusa masuk sotkabo pasal pelacur ditangkap la, siswi melacur la, apa la, itu la.... ni ha, dari kes2 kecik cenggini la patutnya korang sedo diri sikit... wanita, ada darjat dia sendiri... wanita dianggap suci... ada kelebihan, ada maruah diri, jangan senang-senang pergi gadai macam tu je... ada otak fikir sikit.... beringat sebelum kena... dah kena apa pun tak ada...

ok2...

apa aku nak cakap kat sini, tak ada kena mengena pun dengan mamat tu... aku pun tak kenal siapa mamat tu... tapi selepas difikir dengan logik akal, ada juga benda yang kita boleh renungkan bersama....

korang nak bercinta ke apa ke, lantak korang la, aku tak kisah... dengan siapa kau nak bercinta, cantik ke, buruk ke, aku tak nak amik tau, yang penting korang bahagia.... korang bercinta pun korang kena ingat.... korang berdua... bukan sorang-sorang.... so dah ada dua orang, ko kena fikir la, fikir perasaan pasangan korang, fikir keputusan yang tepat dan amik berat dekat diorang...

bila si teruna menegur si dara, si dara akan cakap "awak tu siapa, bf saya je, bkn apa pun..." begitu juga halnya jika si dara menegur si teruna "kau tu gf aku je, kau jangan nak besar kepala sangat la"...

tegur menegur ni hanya untuk mengingat kan... mengingatkan antara satu sama lain... kita tak kuat kalau hidup sorang-sorang... manusia ni semua tak sempurna... ada kala, kena ada juga orang untuk menegur... tegur sebab ambil berat, fikirkan pasal dia, tapi dia? ingat kita nak kongkong....

bukan pasangan je... tu haaa, yang dekat rumah tu... mak ngan ayah pun ada kan.. apa la salahnya kalau kita dengar bila dorang tegur.... tak lama pun.... tak susah pun... tunduk kepala, dengar apa yang dorang nak cakap... kalau tak suka pun, dengar je... jangan nak melawan... hormat sikit orang tua kita... bukan orang lain, mak pak kita juga.....

hormat menghormati ni penting.... jangan terlalu ego.... kalau kita ada perasaan, jangan ingat orang lain tak ada.. jangan pentingkan diri.... rugi kalau kita pentingkan diri... bertolak ansur.... siapa suka kalau kena kongkong kan? kalau pentingkan diri, memang la kita rasa diri kita dikongkong, tapi kalau kita fikir dari sudut positif, ada kebaikkan nya juga...




hurm...
entah la...
tak nak jadi macam
kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi....