Tuesday, October 5, 2010

tanpa kata..

hari demi hari, kita mendengar beribu, bahkan berjuta perkataan... tidak kira dalam bentuk apa pun, perbualan bersama teman, nyanyian dicorong radio, pertengkaran, dan pelbagai lagi.. semuanya kita dengar dan kita terima... walaupun ia menggembirakan kita atau sebalik nya...

kadang-kadang, apa yang kita dengar, dapat kita terima dan melegakan hati kita, dan begitu juga sebaliknya... bila ia tidak seperti apa yang kita harapkan, terasa sakit di hati dan mula menimbulkan perasaan tidak senang di dalam hati sendiri...

mengapa semua itu terjadi? meskipun kita tidak pernah meminta sebegitu, tidak pernah kita rancang, tetapi kita mesti ingat kembali bahawa, bukan kita yang menentukan... sebelum jari laju menundingkan pada orang lain, tidak salah jika cerminkan diri kita dahulu...

bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata tidak berguna... semua orang tidak sempurna, sentiasa ada salah dan sentiasa ada silapnya... dan tidak dinafikan, apa yang dilafazkan mulut kita sering menjadi punca kepada setiap masalah pada hari ini...

di ajar untuk menggunakan akal ketika bertutur sering memenuhi ruang telinga, tetapi tidak dapat disimpan sebaiknya oleh akal kerana perilaku manusia tidak lagi dijaga, tidak lagi diatur oleh akal fikiran, tetapi lebih "bijak" dihakimi oleh nafsu dan perasaan yang bercampur aduk didalam hati...

acap kali berfikir untuk menjadi seorang bisu agar tidak menyakiti hati dan perasaan mereka disekeliling kita... biarlah semuanya dipendam, biarlah dianggap kera sumbang dari terus melepaskan setiap panahan bicara yang biasanya diterima tempiasnya...

apa lagi yang harus ditutur? apa lagi yang harus disembur?

bagaikan lebih elok dari membisu dan terus beriam diri.. tidak ada apa yang dapat dibanggakan dari menyakiti dan disakiti... tidak ada apa... lebih elok untuk memerhati dari jauh dari melibatkan diri dengan itu semua...

Sunday, September 26, 2010

robot

manusia bukan nya robot...
tiap hari ulangi rutin yang sama...
perjalanan yang sama,
hari yang sama...

tidak berubah..
sehingga satu tahap,
semua ini tidak dapat diuruskan
dengan semua bebanan yang ada...

berat... semuanya berat...
walaupun dapat diatasi dengan logik akal,
tetapi kudrat tak dapat melawan akal...

senang mulut mengucapkan
penat tenaga dikerahkan...

tapi...
sampai bila badan ini harus terus menanggung
berhenti untuk seketika,
bergerak untuk selamanya...

hati penat menangis
badan penat menanggung...

kalau robot,
matikan saja suis nya...
untuk berehat dari semuanya....

Friday, May 7, 2010

perasaan ini

...
urghh

aku tak suka perasaan aku sekarang...
tak kira apa pun...
semuanya tidak menjadi...
dari sekecil-kecil perkara, sehingga perkara yang penting, semua tak dapat nak buat...
semuanya hilang...

melayang....

memikirkan seseorang....
yea...
seseorang...
:(

dia selalu cakap yang dia penat...
penat bergaduh dengan aku...

yea...
aku pun begitu...
bertengkar, hanya buat kami makin jauh...
makin jauh terpisah...
sedangkan aku sentiasa ingin bersama dengannya...
:')

mulut boleh menipu, tetapi bukan hati...

yea...
walaupun aku marah, terkilan tapi dalam hati ini, aku masih fikirkan dia, aku masih rindukan dia...
aku tak dapat baca hati orang...
tapi aku harap, apa yang aku fikirkan sekarang, sama macam apa yang dia fikirkan...

aku tak mahu jauh dengan dia... aku mahu sentiasa bersama dengan dia...



jujur aku katakan..
aku perlukan dia
aku rindukan dia....
:'(

Thursday, May 6, 2010

topeng ajaib...

...
aku bersembang ngan housemate aku semalam....
dia cakap, dia tak suka perangai sorang kawan dia ni...
tak suka sangat-sangat, tapi nak buat macam mana, dia dah anggap budak tu kawan baik dia sendiri....

uhh...
kenapa dia tak suka kawan dia?
apa kawan dia dah buat sampai dia tak suka?
apa masalah dorang ni sebenarnya?
dan
apa kena mengena dengan tajuk post ni?
topeng ajaib?

huu...
sebenarnya tak ada la ajaib sangat... topeng ajaib tu kalau korang fikir-fikir balik, apa aku nak sampaikan kat sini adalah sikap yang biasa kita tengok dikalangan komuniti kita.... bermuka-muka atau lagi senang aku cakap, hipokrit.....

hipokrit?
yea...
betul tu...
korang tak salah baca...

tak pelik kan? sebab benda ni dah jadi rutin harian kita... benda ni kita selalu menghadap... orang bermuka-muka... tak kira la dengan siapa pun... dengan orang ni kau alim bukan main, tapi alim kucing la, dengan orang ni, kau la abu dajjal... apa la salahnya kalau kau jadi diri kau sendiri? orang bukan tak boleh terima, orang boleh, cuma kau je yang perlu jadi diri kau sendiri....

tak payah la sebab kau tu lelaki, depan lelaki kau kacang hantu, depan perempuan kau pijak semut pun tak mati...

hello....
kau nak main wayang apa lagi? orang semua dah tahu kau macam mana... kau tak payah la bersusah payah nak berlakon lagi... yea... aku mengaku, kau berlakon memang terbaik, kalau orang baru kenal kau, kau lah malaikat, kau la yang baik, tapi kami ni, kami yang dah lama dengan kau, kenal kau macam mana.... bawa-bawa la bertaubat, apa kau nak kejar sangat? kami pun tak teringin la nak berebut apa-apa dengan kau...

kau pun lidah biawak bukan main... sana lain, sini lain.... apa kata kau jujur saja? tak rugi kau jujur... kawan-kawan kau ni pun bukan bodoh piang sangat... kau ccerita bagi habis, kami faham la... tak perlu kau nak sorokkan sangat... yea... awal-awal boleh la kau sorok, tapi kau ni budak mentah nak buat jahat, tapi akal pendek...

ntah la...
kadang-kadang kami dekat sini dah naik meluat dah dengan perangai kau tu, cuma kami tak sanggup je.. kesian dekat kau, kami anggap kau tu kawan kami... kawan yang tak ada perasaan, kawan yang terus nak berlakon... bila orang mengata kau, kami kat sini dah macam cubit peha kiri, peha kanan terasa juga.... tapi tu la... kau pun tak nak sedar-sedar lagi.... still nak pakai topeng lusuh kau tu...


Wednesday, May 5, 2010

apa nak jadi la...

...
owh...
tidak....
itu bukan mengenai diri saya....
mengenai seorang lelaki ini....

lelaki hebat di mata mereka, lelaki sampah di mata dia...

sampah?
kenapa?
apa yang dah dilakukan dia?

al kisah
aku tau cerita ni dari orang lain.... tapi macam best je untuk aku post kan....

maaf....
aku bukan nak berrgosip atau mengangkat maksiat, tapi untuk kita fikirkan bersama...

orang kita, cerita-cerita nak kutuk orang memang laju je nak dengar... cerita-cerita kutuk, maki, menjatuhkan orang, itu semua cerita yang pantas, yang cepat tersebar... dalam komuniti aku ni pun ramai orang macam tu... nak buat macam mana, cerita-cerita ni dah jadi makanan masyarakta kita... pertama kali dengar, memang best, ghairah je nak dengar, tak sabar-sabar, tapi bila dah banyak kali dengar, dah naik muak dah.... dah macam minum air kosong 24 jam... naik buncit perut tu....


aku bukan nak bincang pasal topik agama, tapi berdasarkan kehidupan seharian kita....
kalau bab agama, memang sah2 la korang boleh fikir apa yang korang patut buat kan??


ok...
sambung balik cerita...
ada la sorang mamat ni.. dia ngan buah hati dia.... berkasih sayang dari sejak sekolah lagi.... penat menyulam asmara sampai la sekarang... tapi tau-tau mamat ni kena tangkap basah... yang nak dijadikan cerita, bukan dengan buah hati dia... tapi dengan perempuan lain...

kau lelaki, ada otak tak bleh nak guna ke apa? tak cukup sorang perempuan? perempuan lain pun kau nak angkut sekali... tu haa, ada perempuan duk tunggu ko kat sana, tapi ko layan gak perempuan lain, kalau buah hati kau buat macam tu, pandai pulak kau baran, tapi kalau kau baran pun, diri kau pun ikut jalan bengkang bengkok, serupa tak payah, buat kena gelak je..

yang perempuan tu pun satu, menonong je ikut jantan... harga diri murah betul.... sok lusa masuk sotkabo pasal pelacur ditangkap la, siswi melacur la, apa la, itu la.... ni ha, dari kes2 kecik cenggini la patutnya korang sedo diri sikit... wanita, ada darjat dia sendiri... wanita dianggap suci... ada kelebihan, ada maruah diri, jangan senang-senang pergi gadai macam tu je... ada otak fikir sikit.... beringat sebelum kena... dah kena apa pun tak ada...

ok2...

apa aku nak cakap kat sini, tak ada kena mengena pun dengan mamat tu... aku pun tak kenal siapa mamat tu... tapi selepas difikir dengan logik akal, ada juga benda yang kita boleh renungkan bersama....

korang nak bercinta ke apa ke, lantak korang la, aku tak kisah... dengan siapa kau nak bercinta, cantik ke, buruk ke, aku tak nak amik tau, yang penting korang bahagia.... korang bercinta pun korang kena ingat.... korang berdua... bukan sorang-sorang.... so dah ada dua orang, ko kena fikir la, fikir perasaan pasangan korang, fikir keputusan yang tepat dan amik berat dekat diorang...

bila si teruna menegur si dara, si dara akan cakap "awak tu siapa, bf saya je, bkn apa pun..." begitu juga halnya jika si dara menegur si teruna "kau tu gf aku je, kau jangan nak besar kepala sangat la"...

tegur menegur ni hanya untuk mengingat kan... mengingatkan antara satu sama lain... kita tak kuat kalau hidup sorang-sorang... manusia ni semua tak sempurna... ada kala, kena ada juga orang untuk menegur... tegur sebab ambil berat, fikirkan pasal dia, tapi dia? ingat kita nak kongkong....

bukan pasangan je... tu haaa, yang dekat rumah tu... mak ngan ayah pun ada kan.. apa la salahnya kalau kita dengar bila dorang tegur.... tak lama pun.... tak susah pun... tunduk kepala, dengar apa yang dorang nak cakap... kalau tak suka pun, dengar je... jangan nak melawan... hormat sikit orang tua kita... bukan orang lain, mak pak kita juga.....

hormat menghormati ni penting.... jangan terlalu ego.... kalau kita ada perasaan, jangan ingat orang lain tak ada.. jangan pentingkan diri.... rugi kalau kita pentingkan diri... bertolak ansur.... siapa suka kalau kena kongkong kan? kalau pentingkan diri, memang la kita rasa diri kita dikongkong, tapi kalau kita fikir dari sudut positif, ada kebaikkan nya juga...




hurm...
entah la...
tak nak jadi macam
kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi....

Tuesday, May 4, 2010

gado-gado

...
gado-gado....
lazat kan?orang selangor panggil rojak mamak, tapi kalau belah utara, dorang panggil pasembor....
kalau makan memang le sedap.... makanan, mana ada tak sedap, semua sedap...




tapi...

aku bukan nak citer pasal gado-gado makanan tu... aku nak citer pasal....


apakah?ada lagi ke orang bergaduh zaman sekarang ni?
tak ada otak ke dorang ni?
tak ada keje lain ke dorang ni?
huh!!!

siapa cakap kalau zaman makin maju, tak ada orang yang bergaduh??
makin maju, makin ramai la yang bergaduh... dari budak-budak, sampai ke bapak budak, semua pakat gaduh sekarang... ada je yang tak puas hati sikit, buubbbb sana..... dusssshhhh sini....
ntah le... nak tegur, nanti kita kena sekolah balik dengan diorang... nanti kita dikata bagai mengajar beruk makan pisang pulak....

susah... nak tegur orang bijak pandai macam diorang ni memang susah.... lagi-lagi kalau dua-dua pihak yang bergaduh tu kawan-kawan kita sendiri... kita dekat tengah-tengah ni bagai gajah sama gajah berperang, pelanduk mati ditengah-tengah... tak pening kepala?

kadang-kadang yang bergaduh ni pun satu, bodoh.... amende la yang korang gaduhkan sangat? pasal apa korang gaduh? berbaloi ke korang gaduh? lebam sana, sakit sini, darah situ, last-last, apa pun x dapat.... buang masa korang je...

kalau korang nak mempertahankan hak korang pun, fikir dulu.... banyak alternatif lain dari bergaduh, ni sampai terburai anak perut korang bergaduh pun, kalau tak dapat, macam mana? tak ke bangang namanya?

mula-mula gaduh mulut, maki-maki, lepas tu kalau ada jenis yang tak tahan maki, mula la angin satu badan, terasa la tangan dengan kaki tu ringan je..... adoiii!!!

melayu sama melayu bergaduh, yang ramai-ramai ikut tu pun satu, lagi tambah panas nak gaduh.... orang lain tengok kita tepuk tangan, duduk tepi jalan, makan jajan sorak korang bergaduh... ye la kan, melayu pecah belah... dorang suka la.....

patut korang fikir dulu... korang sama-sama melayu.... jangan nak jadi adiwira sangat la... depan-depan melayu, yea, kau gagah, kau la yang kuat... tapi depan orang lain? kau macam mana?

senang cerita, bawak berbincang... semua benda boleh dibawa berbincang... masalah tu manusia yang buat, manusia juga la yang kena selesaikan... kalau cakap korang bodoh, korang marah, korang maki balik, tapi tu la.... kalau betul ada otak, otak pun boleh guna untuk fikir, fikir la baik-baik, jangan main ikut kepala angin kau je....


bak kata pepatah
hilang bahasa, lenyap bangsa



***

RAHSIA

...
apa itu rahsia?
kenapa rahsia kena wujud?
rahsia sangat ke rahsia tu?

kebanyakkan rahsia adalah perihal peribadi yang mana kita sendiri takut untuk berkongsi dengan orang lain... mau pecah muka kalau orang lain tahu.... tapi kalau sorang dua dah tau, terpaksa la perkara tu dirahsiakan, tapi dari sorang dua, bertambah jadi lima enam orang, lepas tu tambah lagi jadi 30 orang, tambah lagi dan lagi dan lagi, tak gila jadinya?

kadang-kadang, terlalu banyak rahsia yang kita simpan, kita dengar dan rahsia kita sendiri yang orang lain tahu... berapa ramai patut tahu rahsia tu sebenarnya? kenapa orang-orang tertentu je yang tahu rahsia tu....

rahsia, boleh pecah macam tu je... tak kira la macam mana pun kita nak simpan rahsia tu, tup-tup tau, dah ramai dah tahu, bukan rahsia lagi....

bak kata orang, biar pecah di perut, jangan pecah dimulut....
tapi tu la kan... dari pada pepatah lagi dah dibiasakan...

pecah diperut??
yea.... itu la orang kita sekarang selalu buat....
rahsuah sana, rahsuah sini, janji rahsia selamat... tapi bodo la kau.... kalau ko bayar orang untuk simpan rahsia kau, tak mustahil rahsia kau boleh pecah kalau orang tu pun dapat bayaran dari orang lain....

sekarang ni ada duit semua boleh jalan.... dari sekecil-kecil barang, sampai setinggi-tinggi maruah.... ada duit, semua boleh beli... yang si penjual tu pun sama... ada akal tak nak guna untuk fikir...

kalau memang kau kerja meniaga tak apa la lagi... tapi kalau maruah pun kau nak jual, susah la.... rahsia tu, rahsia ni... ada duit, semua bongkar.... yang kau tahu, perut kau kenyang... orang-orang macam ni bagai seligi tajam bertimbal...

buat yang beli rahsia tu pun cermin diri dulu.... kau nak beli rahsia orang, tapi mulut kau yang tempayan tu pun tak boleh nak simpan rahsia sendiri.... beli cermin besar kereta, letak dalam bilik kat rumah kau... cermin dulu diri kau... sempurna sangat ke? malaikat sangat ke kau? dosa satu pun takde?

orang dulu-dulu pun pandai, kalau tak, tak keluar la pepatah bangkai gajah takkan dapat ditudung dengan nyiru... memang rahsia besar susah nak simpan tetapi kalau rahsia tu dah diamanahkan kat orang len, ko kena hormat la... pegang baik-baik, simpan jangan berlubang...

beli rahsia orang, tapi rahsia kau orang tau senang-senang je....

orang-orang macam ni memang ramai, tapi ada juga rahsia tu pecah atas empunya rahsia tu sendiri....

"kau jangan bagi tau kat orang lain... ni rahsia aku dengan kau je.."

ayat ni selalu keluar dari tuan empunya rahsia.... kita yang mendengar, selagi boleh amanah, kita simpan... simpan baik-baik.... tapi yang empunya?

jumpa orang pertama, ayat macam kat atas tu keluar, jumpa lagi sorang, ayat yang sama juga keluar... dekat 10 orang kau jumpa? tak ramai yang tau?? pastu esok-esok hari, kau pening, macam mana rahsia kau ramai orang tau....

benda macam ni senang.... kau hormat orang, orang pun akan hormat kau juga... tak payah nak dengki-dengki....


penat dah nak fikir semua ni... :)



Sunday, May 2, 2010

membela...

bila cakap pasal membela, apa yang terlintas dekat fikiran anda? bela menatang ke? bela munyet, bela kambing, bela kucing macam ili fahmi bela or bela tommy si lipan macam aku ngan naim bela dulu?

tak...
sekarang aku nak cakap pasal bela membela manusia...
yang mana manusia hidup mewah kalau di"bela" individu tertentu, demi kepentingan diri sendiri...

wadefak...
hidup nak senang macam tu memang senang la, tapi kalau kau buat macam tu sekalipun, ko kena ingat diri kau tu siapa... orang kalau "bela" kau, mesti ada udang disebalik batu... bukan senang2 dia nak labur duit macam tu je untuk "bela" kau...

harga diri tu sesuatu yang bernilai, tapi kadang2 manusia macam tu, yang di"bela" tu bukan fikir sangat pun... ibarat orang mengantuk disorongkan bantal... terima saja apa yang ada, janji hati puas... dapat apa yang ko nak...

tapi kita kat sini memandang, memberi pendapat, bagai anjing menyalak, tapi bukit tak kan runtuh... sia2 saja...

pucuk pangkal dari diri kita sendiri.... kau tahu siapa diri kau, kau tahu setakat mana kemampuan kau... kau tak kan dapat dua2 benda sekaligus...




sedar diri...
setakat nak mengingat kan orang dan diri sendiri untuk baiki kesilapan diri... :)

Saturday, May 1, 2010

Assalammualaikum. :)

salam..
aku nak try benda baru.
nama aku adii akmal.

dan blog ini baru disiapkan oleh Nurul Iman.
terima kasih.
:)


blog ini diwujudkan sebagai ruang
untuk aku sampaikan pandangan melalui mata ku.
terhadap apa yang berlaku di sekeliling aku dan masyarakat kita.

kadang2 kita terlena dan tak peka dengan sekeliling kita.
dan kadang2 apa yang berlaku hanya di depan mata.
aku tak seperti blogger lain yang mewujudkan blog mereka untuk peribadi,
tentang hidup mereka serta kisah mereka.

mungkin wujudnya kelainan blog ini mampu menarik minat pembaca.
dan pengunjung setia.
banyak yang aku perlu belajar sebagai blogger baru yang baru mula dalam dunia penulisan.
sekadar mengisi ruang masa.
insyaAllah. blog ini akan diupdate dari semasa ke semasa. :)