Thursday, March 3, 2011

terpaksa

kali ini
masing masing membisu
mata bertentang mata
namun mulut terdiam
hati sama terluka

acap kali mereka selisih
namun tidak berani menoleh

uda tetap dengan hatinya
walau si dara berlalu pergi

bukannya mereka mahu menipu
walau dimulut terucap senang
namun dihati siapa yang tahu?
tetapi situasi itu
seolah-olah mahu menghukum mereka

si dara tahu
walau bagaimana sekalipun si dia mengikat
tapi hatinya tetap milik si uda

kerana ego dan ingin menyelamatkan diri kedua-duanya
si uda sudah tidak mahu mendaki lagi
baginya,
lebih baik dia berdiam diri
dan terus menanti

menghormati diri si dara
dan hatinya tidak mahu lagi
si dia terluka kerana kehadirannya..

2 comments:

  1. si teruna dan si dara
    hmm..
    apa yang boleh beta katakan..
    hanya secebis rasa daripada minda..
    minda yang bernilai
    pasti dijajah songsang..

    amacam sempoi tak??
    hahaha
    merapu2 je tu


    Singgah & Follow Blog Labi-Labi NineMustafa
    & JariPlastik

    ReplyDelete
  2. takde kena mengena langsung.. choi... haha

    ReplyDelete