Saturday, April 30, 2011

dirinya dan si hati kecil

hati kecil itu
sentiasa ingin dibelai
sentiasa ingin dicintai
sentiasa ingin dihargai

hati kecil itu
tidak mengenali diri sendiri
tidak mengerti sebahagian darinya
tidak mahu mengalah lagi

bukan salah hati kecil itu
kerna semua yang berlaku mungkin semua percaturanNya
separa sedar ia berjanji
menganggap itu sebagai mimpi
dengan azam bangkit kembali

dan dia
hanya akan terus menanti
walau kemudian hari
tidak pernah diketahui diri

walau gelap dia lalui
walau terluka disana sini
hanya untuk terus mencari si hati kecil
hanya berbekal kepercayaan sendiri
walau dia tahu apa akibat nya
walau dia tahu bagaimana penerimaan mereka
hanya satu dipegang dirinya
memiliki hati kecil itu

bila tiba suatu masa
ianya telah diterima
diri itu sentiasa gembira
hati itu sentiasa bahagia

hanya itu harapan dirinya
bila mata tidak terpejam
kerna persinggahan hati tidak terlalu lama
kerna cinta tidak perrnah meninggalkan dirinya
dan kerna itulah jalan nya sentiasa ada
sehingga dia benar yakin bahawa itu adalah kata putusnya
walau hanya untuk seketika sahaja.

Friday, April 22, 2011

Sendirian pasti

mengangguk lesu,
biarkan ia berlaku,
merenung hanya membatu,
tanpa terus melakukan sesuatu.

terus,
di tebing itu,
hanya duduk membisu,
mengenang hari semalam,
yang nyata lebih indah dari sekarang.

pendapat yang diberi kepada mereka,
nyata tidak mudah dilakukan hati,
diberi, diluah,
tetapi tidak bererti bagi diri sendiri,
harus bagaimana lagi?

kadang-kadang,
duduk bersendiri membuat dia tenang,
hanyut dengan diri sendiri,
tanpa memikir beban tersandang,
hanya dirinya,
dan dunianya sendiri.

untuk apa lagi,
bagai menyiksa diri sendiri,
menghukum diri sendiri,
dengan akal yang di ikat duniawi.

kalau bisa dia sendiri,
maka akan di ikutkan hati itu,
biar lenyap segala gundah,
biar hilang segala duka.

langit tidak selalunya cerah,
mendung bukan bererti hujan,
terang tidak selamanya terang,
gelap tidak akan berterusan gelap...

Thursday, April 21, 2011

Hati kecil

semuanya kerna dia
dirinya
hatinya
dan kemahuannya...

memang
setiap soalan yang dituju
dibalas baik oleh hatiku
dan setiap jawapan yang dilontarkan
disambut baik oleh mereka

begitulah
mudah untuk diriku menyelami hati mereka
tetapi tidak lagi untuk diriku sendiri

ujian yang diharungi mereka
bagiku sentiasa ada jalannya
tetapi
yang sering dihadapi hati ini
apa benar tiada jawab nya?

walau kehadirannya itu
dinanti-nanti
tetapi akhirnya dia tetap pergi

dan disini
hati kecil ini
terus menanti...


Thursday, March 17, 2011

Membisu

di luah mati emak
di telan mati bapa..

sukar
kedua-duanya sukar bagi dia
apa lagi yang harus dilakukan?
apa lagi yang harus dikorbankan?
tertunduk lesu
kaku tidak bermaya

adat
kau, aku, mereka..
semua serupa
takut akan penolakkan
tanpa ada keberanian untuk meluahkan

apa guna berkerut muka
memikirkan fikiran orang
kalau kita sendiri sama seperti mereka?

mungkin
kita menggangap memendam itu lebih bermakna
dari ianya tidak diterima mereka..

Tuesday, March 15, 2011

Rumah besar itu

Dari jauh,
sudah kelihatan akan rumah itu,
semuanya nampak tenang dari situ,
sunyi
damai
dan menenangkan

ianya terpencil
dan hanya rumah itu yang berada disana
jauh dari hiruk pikuk mereka
jauh dari kesibukan kota

rumah kayu itu masih elok
rumah kayu itu masih teguh
kiri kanan nya hanya ada pepohon rendang
sinaran mentari seolah malu untuk menyuluhnya

rumah yang cantik
tanah yang lapang
persekitaran yang tenang

tapi sayang
tiada siapa yang menghuni rumah itu
malah
tiada siapa yang menyedari mengenai kewujudan rumah itu

rumah yang elok
tanpa ada penghuni
tidak membawa apa-apa makna